top of page

SALMAN AL FARISI RA

Updated: Jul 17, 2024

Salman al-Farisi adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang lahir sebelum datangnya Islam melalui Nabi Muhammad SAW, lalu mengabdikan diri kepada agama Allah SWT sehingga pada zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan.


Beliau melalui pelbagai pengalaman getir untuk mencari kebenaran, dan akhirnya membawa peranan yang cukup besar dalam peristiwa awal perkembangan Islam di bumi Yathrib (Madinah).


Nama sebenar beliau adalah Mabah bin Budzkhasyah bin Mousilan bin Bahbudzan bin Fairuz bin Sahrk Al-Isfahani, dan lebih dikenali sebagai Salman Al-Farisi. Beliau juga diberi panggilan sebagai Abu Abdillah dan menerima gelaran Salman al-Khair. Ayahnya merupakan ketua kampung di Jayyan, Parsi yang menganuti pegangan Majusi.


Salman Al-Farisi telah meninggal pada tahun ke-35 Hijrah di Iraq, semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan.


“Sesungguhnya syurga benar-benar merasa rindu kepada tiga orang iaitu Ali, ‘Ammar dan Salman.”



Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating

Subscribe to our newsletter • Don’t miss out!

QASSWA TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD

 

HQ: JOHOR BAHRU

No 16, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda

81200 Johor Bahru, Johor Malaysia

BRANCH: CHERAS

NO. 16-1, JALAN DAMAI RAYA 3

ALAM DAMAI, 56000 KUALA LUMPUR.

07-2306250

©2024 by Qasswa Travel & Tours (M) Sdn Bhd

bottom of page