top of page

TRAVELOG AQSA - SIRI 12 [MOUNT OLIVE]

Di dalam surah at-Tin Allah berfirman :- “Demi Buah Tin Dan Zaitun”

Di dalam tafsir Ibu Kathir, Demi buah Tin adalah merujuk kepada tempat ibadah Nabi Nuh di Syria dan buah Zaitun adalah di Baitul Maqdis. Mount Olive atau Jabal Zaitun mempunyai pemandangan yang luar biasa cantiknya terutama ketika waktu pagi.

Di pinggir Jabal Zaitun terdapat barisan kuburan Yahudi. Orang Yahudi memang meminta agar ditanam di kawasan ini kerana bagi mereka “Messiah” yang mereka tunggu nanti akan menghidupkan mereka dan mereka akan menjadi tentera “Messiah”.

Bagi kita orang Islam, yang akan turun adalah Dajjal dan memang di antara kelebihan yang Allah beri pada Dajjal adalah dapat menghidupkan orang yang mati.

Terdapat dua maqam di mount olive ni dikatakan Rabiatul Adawiyah - sufi yg lahir di basrah iraq ( dikatakan juga terdapat di basrah, iraq )dan sahabat Rasulullah saw Salman Al Farisi dan dikatakan wafat di madain berdekatan baghdad.

Antara doa rabiatul adawiyah “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada segala perkara yang menyibukkanku sehingga aku tidak sempat menyembah-Mu dan daripada segala rintangan yang merenggangkan hubunganku dengan-Mu."










Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating*

Subscribe to our newsletter • Don’t miss out!

QASSWA TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD

 

HQ: JOHOR BAHRU

No 16, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda

81200 Johor Bahru, Johor Malaysia

BRANCH: CHERAS

NO. 16-1, JALAN DAMAI RAYA 3

ALAM DAMAI, 56000 KUALA LUMPUR.

07-2306250

©2024 by Qasswa Travel & Tours (M) Sdn Bhd

bottom of page