TRAVELOG AQSA - SIRI 6 [MASJID QIBLI]
Masjid yang berkubah kelabu itu namanya ialah Masjid Qibli atau Masjid Jumaah (kerana digunakan sebagai masjid utama ketika solat Jumaat) meskipun ada sebahagian kecil orang yang memanggilnya sebagai Masjid al-Aqsa. Masjid Qibli ini juga adalah SEBAHAGIAN daripada keseluruhan Masjid al-Aqsa.



