top of page
Masjidil Aqsa dan Amman

Masjidil Aqsa dan Amman

RM10,290.00Price

ZIARAH AL-AQSA & AMMAN 9H 6M

 

Menyelusuri Sejarah Anbiya dan para sahabat Rasulullah SAW- Laut Mati, Jericho, Bethlehm, Hebron, Jerusalem & Al-Aqsa

 

VISA PALESTINE

 

KELEBIHAN-KELEBIHAN UTAMA MASJID AL-AQSA:

 

1. Masjid Al-Aqsa – tempat Mikraj Nabi SAW

 

2. Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam.

 

3. Firman Allah mengenai kelebihan Masjid Al-Aqsa yang bermaksud; "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang diberkati di sekelilingnya untuk Kami memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. " (A-Isra ayat 1) Dikatakan; sekiranya Masjid Al-Aqsa tidak mempunyai lain-lain kelebihan melainkan kelebihan yang dinyatakan dalam ayat ini, sudah mencukupi justeru keberkatan-keberkatan yang dimilikinya, ini adalah disebabkan sekiranya di sekelingnya pun telah diberkati maka keberkatan di dalamnya lebih berkali-kali ganda lagi.

 

4. Masjid Al-Aqsa adalah masjid yang ke2 diletakkan asasnya dan dibina di atas mukabumi selepas Masjid Al Haram di Mekah Mukarramah. Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Abu Dzar Al-Qhifari radhiallahu anhu di mana beliau telah berkata; "Aku telah berkata kepada Rasulullah sallallahu alaihe wasalam; "Ya Rasulullah, masjid yang manakah yang mula-mula dibina di atas mukabumi?" Baginda menjawab; "Masjid Al-Haram," kemudian aku bertanya lagi; "Kemudian masjid apa?" Baginda menjawab; "Masjid Al-Aqsa." Aku bertanya lagi; "Berapa jarakkah antara kedua-duanya?" "40 tahun," jawab Rasulullah SAW. Kemudian di mana sahaja kamu berada apabila masuk waktu solat, maka hendaklah kamu bersolat. Seluruh permukaan bumi adalah tempat untuk bersujud (bersolat)." (Sahih Al-Bukhari)

 

5. Daripada Abdullah bin Amr daripada Nabi SAW , baginda bersabda; "Ketika (Nabi) Sulaiman bin Daud selesai dari pembinaan Masjid Al-Aqsa (memperbaharui pembinaannya), Baginda telah meminta (dengan berdoa kepada Allah ) dari Allah 3 permintaan; Hukum yang sama dengan hukumNya, sebuah kerajaan yang mana tidak ada satu kerajaan yang seumpama itu selepas darinya dan tidaklah seseorang itu datang ke Masjid Al-Aqsa melainkan dengan niat untuk mengerjakan solat maka keluarlah ia dari dosa-dosanya sebagaimana hari ia dilahirkan oleh ibunya." Lalu Rasulullah bersabda; "Adapun kedua-dua permitaannya yang pertama itu sesungguhnya telah dikurniakan Allah dan aku berharap beliau juga telah dikurniakan dengan permintaannya yang ketiga itu." (Sunnan An-Nassai & Ibnu Majah)

 

Keistimewaan pakej kami:

 

1. 3 malam di bumi Masjid Al Aqsa

2. Fullboard

3. Hotel holyland atau new capitol 4 star dan hanya berjalan kaki ke masjidil Aqsa

 

 

www.wasap.my/60127336169 ( datin khadijah)

www.wasap.my/60127782131

 

https://www.facebook.com/qasswatravel/

 

 

 

Quantity

Subscribe to our newsletter • Don’t miss out!

QASSWA TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD

 

HQ: JOHOR BAHRU

No 16, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda

81200 Johor Bahru, Johor Malaysia

BRANCH: CHERAS

NO. 16-1, JALAN DAMAI RAYA 3

ALAM DAMAI, 56000 KUALA LUMPUR.

07-2306250

©2024 by Qasswa Travel & Tours (M) Sdn Bhd

bottom of page